Thursday 26 June 2014

SEPETANG BERSAMA USTAZAH… SIRI 1

Ustazah Hajjah Hafsa binti Syed Mohamad menyampaikan ceramahnya
mengenai, betapa pentingnya ilmu kepada manusia.


Oleh: Charmila Tagore

Foto : Ashwarya Rai
 Kuala Kurau -  Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parit Buntar dibawah unit Bina Insan telah melaksanakan Program Diskusi Ilmiah di Kampung Parit Haji Said pada 26 Apr 2013 di rumah Puan Zakiah binti Awang. Program ini dimulakan pada jam 3.00 petang dengan kehadiran seramai 60 orang. Ustazah Hajjah Hafsa binti Syed Mohamad sebagai Penceramah Jemputan.

Peserta-peserta khusyuk membaca surah yassin







Dalam ceramah beliau, Ustazah Hafsa binti Syed Mohamad menyentuh mengenai pentingnya setiap insan mempunyai ilmu pengetahuan supaya tidak mudah diperlekehkan dan dipergunakan oleh mana-mana pihak. Katanya lagi, ALLAH memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. Surah  Al-Baqarah, ayat 269.

Turut hadir diprogram tersebut ialah, Puan Siti Nasriah binti Sharip, Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Parit Buntar, yang sudi memberikan penjelasan mengenai isu pencerobohan pengganas-pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, apabila diminta untuk menjelaskan isu tersebut oleh Puan Noorhayati Mohamad, salah seorang peserta yang hadir di program tersebut.


Rata-rata peserta-peserta yang hadir meminta agar program-program seperti ini diteruskan lagi dimasa-masa akan datang.

Friday 11 April 2014

CANTIKNYA TUDUNG FAREEDA




En. Ahmad Kamal Idris bin Haji Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak membelek
tudung jahitan tiga layer ala Fareeda yang telah siap dijahit oleh peserta kursus.






Oleh : Charmila Tagore

Foto : Ashwarya Rai
Bagan Tiang:   02hb. Februari 2014,   Memandangkan sekarang ini amat popular dengan pemakaian Tudung Fareeda,  Unit  Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM)  KEMAS Kawasan Parit Buntar  telah mengambil  inisiatifmenganjurkan Kursus Jahitan Tudung Layer ala Tudung Fareeda, bertempat di Bengkel Jahitan KEMAS Bagan Tiang, Tanjung Piandang. Oleh kerana terlalu ramai peserta yang berminat untuk mengikuti kursus indan mendapat sambutan, Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) terpaksa mengadakan dua siri kursus tersebut bagi memenuhi permintaan para peserta dimana siri pertama pada 03 hingga 04 Feb. 2014 dan siri kedua pada 10 hingga 11 Feb. 2014 




Cik Siti Noor Adibah Shafei memberi menerangkan cara-cara
 membuat tudung tiga layer kepada para peserta kursus.


Kursus ini melibatkan  20 orang peserta untuk setiap siri kursus yang terdiri daripada beliawanis dan surirumah.  Latihan dan bimbingan kepda para peserta diberikan oleh Cik Siti Noor Adibah binti Shafei, Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran.  Para peserta diberikan pendedahan mengenai teknik-teknik membuat tudung tiga layer ala Fareeda yang begitu popular dimasakini.


Para Peserta tekun menyiapkan tudung masing-masing.
Majlis Penutup Kursus Jahitan Tudung Tiga Layer ala Fareeda ini dirasmikan oleh En. Ahmad Kamal Idris bin Haji Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak.  “Objektif kursus ini diadakan adalah untuk  memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta-peserta untuk menambahkan sumber pendapatan mereka kerana bidang jahitan juga mempunyai potensi yang besar untuk memperolehi pendapatan yang lumayan dan boleh dijadikan sebagai salah satu bidang kerjaya yang patut diceburi" kata beliau semasa ucapan perasmian penutup.


“Semoga kursus ini memberi manfaat kepada para peserta dan seterusnya menyuburkan minat dalam bidang jahitan kerana ia merupakan satu bidang yang berpotensi untuk dijadikan kerjaya serta menambah pendapatan” kata Puan Siti Nasriah binti Sharip, Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Parit Buntar. En. Ahmad bin Awang, Pembantu Pembangunan Masyarakat Unit Operasi 2 yang turut hadir di program tersebut.  

Rata-rata peserta yang hadir begitu teruja dan ceria sepanjang mengikuti kursus tersebut dan mereka sangat bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti kursus ini dan berharap kursus ini akan diteruskan lagi dimasa-masa akan datang dan amat berbaloi, kata mereka semasa ditemubual oleh wartawan BULKEP.


Model menggayakan tudung tiga layer ala Fareeda